Bertahun simpan duit beli Macbook! Sekali dia buat hal, memang bikin sakit kepala. Tapi, betul ke Macbook anda tu betul-betul rosak seperti andaian anda? Meh, Baca dulu 5 Punca Macbook Bermasalah Sebelum Anda Hantar Repair Macbook Cyberjaya.
Semua gadget termasuk Macbook atau Laptop rosak adalah perkara biasa. Seperti manusia yang ada kalanya sakit dan perlu rawatan, Macbook juga ada masa dia rosak dan perlu dibaiki.
Kerosakan Macbook ni ada yang biasa, ada yang agak luar biasa atau jarang kesnya.
Kebiasaannya tak makan masa lama untuk dibaiki, cuma mungkin ada kerosakan yang memerlukan kepada penggantian komponen.

Jadi kami nak kongsikan 5 common problem / breakdown / damage yang dialami Macbook supaya anda boleh bersedia dan tak terkejut sangat.
Ini 5 Punca Macbook Kerap Bermasalah!
#1 Terlalu Panas
Ini isu paling common yang terjadi pada Macbook.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan Macbook kita jadi overheating ni, antaranya
- Faktor Umur Macbook / Usia guna
- Penggunaan yang terlalu lama / tak switch off
- Pengaliran udara keluar yang tak lancar
Overheating boleh bawa kepada kerosakan yang lebih teruk jika dibiarkan lama seperti boleh menyebabkan hardware Macbook seperti kipas dan connecting wire rosak.
Sebab tu bila Macbook overheating, kita tak boleh pandang ringan. Hantar kepada mereka yang profesional untuk check apa sebenarnya masalah yang menyebabkan overheating tu.
#2 Skrin Rosak | Repair Macbook Cyberjaya
Kerosakan pada skrin Macbook juga adalah kerosakan yang biasa kita hadapi.
Berikut antara kerosakan biasa pada skrin Macbook
- Bergaris/Bertompok
- Retak/pecah
- Gelap walaupun laptop on
Skrin Macbook adalah antara bahagian yang biasanya kita sebagai pengguna tak dapat baiki atau tukar sendiri.
Kedai baiki Macbook Cyberjaya atau mereka yang profesional biasanya lebih tahu bagaimana untuk check dan baiki bahagian tersebut tanpa menyebabkan kerosakan pada bahagian lain.
#3 Motherboard Rosak
Motherboard yang merupakan nadi sesebuah Macbook merupakan bahagian terpenting dan sensitif.

Ia berperanan dalam communication and interaction antara komponen elektronik yang penting dalam sistem, seperti Central Processing Unit (CPU), dan Memory, dan sambungan ke parts lain.
Bila motherboard rosak, habis la Macbook tak dapat digunakan.
Sama ada perlu repair, tukar motherboard, atau tukar Macbook baru, bergantung kepada kerosakan dan bajet anda.
Antara tanda kemungkinan motherboard anda rosak :
- Macbook tak boleh on
- Boleh on tapi display dekat skrin gelap saja
- Tiba-tiba auto restart atau auto shutdown. Kadang terpadam terus je.
Baca : 7 Tanda Perlu Repair Laptop Hardware Laptop Rosak
#4 Keyboard Bermasalah | Repair Macbook Cyberjaya
“Tekan tekan tak keluar… Nak taip full sentence pun tak boleh. Macam mana nak siap assignment!”
Macam tu la bila keyboard laptop rosak. Ada kala dia rosak 1-2 pin je, ada yang sampai satu keyboard tak boleh pakai.
Tapi tak apa, biasanya repair keyboard tak ambil masa lama dan kos pun rendah, jika kerosakan tak teruk.
#5 Masalah Software
Apa antara masalah software pada Macbook?
- Sistem crash
- Apps tak respon atau loading
- Serangan virus/malware
Sebab itu salah satunya, sangat disarankan untuk anda mempunyai Antivirus dalam Macbook anda! Antara sebabnya, adalah untuk mengurangkan risiko kerosakan pada software Macbook anda.
Antara Pelanggan Kedai Repair Macbook Cyberjaya

NAMA : ANDRE ( FRENCH )
MODEL : MACBOOK A1932
PROBLEM : BATTERY HEALTH WEAK
SOLUTION : REPLACEMENT BATTERY
PENUTUP | Repair Macbook Cyberjaya
Keprihatinan tentang masalah atau kerosakan Macbook mungkin dapat mengelakkan sebarang kerosakan lebih teruk berlaku. Memberi amanah kepada kedai repair Macbook untuk baiki kerosakan juga merupakan tindakan yang bijak kerana mereka lebih profesional dan tahu bagaimana nak handle gajet tersebut dengan betul.
Anda mencari kedai repair Macbook yang Cepat, Murah & Berkualiti? MRFIX – Kedai Repair Macbook Cyberjaya lah jawapannya!

100% terjamin telus, berpengalaman, cepat dan mudah! Dalam masa 30 minit segala masalah gadget anda akan diselesaikan secara live di hadapan mata anda sendiri. Jadi apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai kita serbu MRFIX untuk tawaran menarik dan servis pemeriksaan PERCUMA.