TIP-TIPS SELAMAT UNTUK CAS TELEFON

Bacaan 2 minit

Pada zaman sekarang, Banyak pengguna melakukan kesalahan ketika mengecas telefon pintar anda. Telefon pintar amat penting pada waktu ini, kerana menjadi alat hubungan paling cepat. Anda mesti sayang akan telefon pintar anda, Sekiranya anda sayang telefon pintar anda gunalah tip ini.

1)Gunakan charger yang betul

Elakkanlah menggunakan charger dari jenama yang lain. Setiap jenama telefon direka khas pada telefonnya tersendiri. Seperti samsung n7000 memerlukan 1.0A sekiranya meletakan lebih ia tidak akan menambah kelajuan cas telefon tersebut.Selepas itu, gunakan charger original walaupun charger original mahal, Tetapi ia dapat menjaga telefon anda.Charger yang tidak original, mengeluarkan arus elektrik yang tidak stabil.

2)Janganlah cas telefen di dalam kereta

Ramai pengguna selalu cas telefon menggunakan usb yang berada dalam kereta atau membeli alat usb yang sambungkan di tempat pemetik api. Aliran arus elektrik yang berada dalam kereta sewaktu cas berbeza sama sekali. Apabila laju kenderaan anda bergerak maka tinggilah arus elektrik yang masuk ke dalam telefon anda. Ini boleh menjadikan telefon anda panas, bateri anda kembung dan boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada motherboard telefon.

3) Overchage

Banyak pengguna mengecas telefon malam apabila mahu tido.Purata tido manusia pada waktu malam 7 hingga 8 jam.Bagi telefon, proses cas hanya 2 ke 3 jam sahaja selebihnya akan berlaku overcharge.Hal ini boleh menyebabkan telefon anda panas, bateri kembung dan banyak lagi. Sesetengah telefon sudah mengeluarkan model yang mempunyai sistem untuk memotong arus elektrik sekiranya telefon anda melebihi 100%.

4)Elakkan guna telefon sewaktu cas

Yang ini paling bahaya, banyak berita yang dikeluarkan dari media massa tentang kejadian telefon meletop akibat pengguna menggunakan  telefon sambil cas.Bukan sahaja telefon boleh meletop malahan ia boleh merosakan bateri port charger, kabel dan diri anda.Jadi elakkan dari melakukan perkara ini jika anda sayang nyawa anda.