Dalam menempuh arus pemodenan, perubahan teknologi berkembang dengan pesat. Teknologi komputeran telah berupaya untuk menyimpan data,arahan, dokumen dan maklumat. Komputer boleh menyimpan data di media storan yang terbina dari elektromagnetik.
Storan bermaksud tempat penyimpanan data yang boleh dibaca oleh komputer.Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder.
Storan primer adalah storan yang telah ditekan di atas motherboard iaitu RAM(Random Acess Memory) dan ROM(Read Only Memory).Storan sekunder adalah tempat penyimpanan data selain dari RAM dan ROM. Storan sekunder seperti pendive,hard disk, disket dan lain-lain.