Laptop terlalu lembab sehingga nk buat kerja menunggu lama? siapa yang tidak sakit hati apabila laptop anda lembab. Assignment perlu di hantar esok, laptop pulak hal. Faktor-faktor laptop slow mempunyai banyak aspek yang merangkumi. Di sini akan memberitahu serba sedikit kenapa laptop anda slow.
Virus
Virus dengan peranti elektronik yang mempunyai data berpisah tiada. Virus di cipta sama ada sengaja atau tidak sengaja. Virus adalah sebuah program yang rosak yang akan menjejaskan data-data anda. Sesetengah virus akan membuatkan program laptop anda menjadi shortcut. Ada virus yang membuatkan file anda menjadi banyak ia akan melakukan sendiri tanpa anda menyuruhnya. Virus ini tersebar melalui cara dari website yang anda buka di internet. Ada juga berlaku dari pendrive atau external hard disk yang dijangkiti virus. Proses ini berlaku dari sambungan pendrive atau hard disk yang disambungkan ke laptop anda. Cara penyelesaian masalah ini anda perlu install antivirus untuk menghapuskan semua virus yang terdapat dalam laptop anda.
Partition hard disk mempunyai window penuh
Ini juga adalah salah satu penyebab laptop anda slow. Di partition hard disk mempunyai window seelok-eloknya anda tidak meletakan data selain dari program anda. Sesetengah program boleh diletakkan di partition yang lain. Sekiranya penuh partition mempunyai window tersebut ia akan menjejaskan penggunaan data pada window tersebut. Anda tidak boleh membiarkan partition yang mempunyai window menjadi merah. Cara untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu memindahkan data ke partition yang lain.
Terlampau banyak cache
Setiap pembukaan website di interenet, laptop anda akan mempunyai cache. Cache ia adalah sebuah fail,imej, skrip dan fail media. Cache ini di simpan dalam tempat penyimpanan data anda. Ia berfungsi bagi memudahkan anda untuk mengakses semula ke laman web yang anda pernah akses. Tidaklah anda menunggu lama untuk terus membuka laman web tersebut. Sekiranya cache data terlalu banyak ia akan menyebabkan laptop anda menjadi lembab. Walaupun data yang ada di dalam itu menggunakan ruang yang sedikit. Sekiranya anda mengakses banyak laman web ia akan menjadi banyak ibarat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara anda pergi ke start menu > cari disk cleanup> tekan enter>pilih temporary file>tekan ok.
Masalah dari hardware
Sekiranya anda sudah mengikuti perkara di atas tetapi tetap laptop anda lambat. Ini berpunca daripada hardware. Masalah RAM yang tidak mencukupi dan juga hard disk terlampau lama. Cara menyelesaikan masalah ini dengan cara menaik taraf RAM anda dan tukar harddisk anda.
Kami melakukan menaik taraf RAM dan juga penukaran harddisk dan SSD
Sila hubungi kami
- 018-988 6531
Walk in sahaja
- No.50,Jalan 7/7a Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Operation hours:
Setiap hari dari pukul 10.00 a.m. hingga 9.00 p.m.