JENIS WINDOW 7

Bacaan < 1 minit

Post yang sebelum ini menceritakan tentang kelebihan dan kekurangan window 7. Kali ini menceritakan jenis window 7 yang dikeluarkan oleh microsoft. Post yang lepas memberitahu window 7 mempunyai 6 jenis iaitu starter, home basic, home premium, profesional, Enterprise dan ultimate.

1. WINDOW 7  STARTER.

Window 7 starter adalah window 7 yang mempunyai ciri yang paling sedikit. Window 7 starter mempunyai versi 32 bit sahaja. Paling tinggi Random Acess Memory(RAM) yang boleh di gunakan hanya 2GB. Window 7 starter sesuai di gunakan untuk speksifikasi komputer atau laptop yang lebih rendah.

2.WINDOW 7 HOME BASIC

Window 7 home basic mempunyai ciri yang lebih dari window starter. Versi ini mempunyai 64 bit. Tidak semua negara mempunyai versi ini.

3. WINDOW 7 HOME PREMIUM

Window 7 home premium mempunyai ciri yang lebih lagi dari window 7 home basic. Versi ini mempunyai 32 bit dan 64 bit. Semua negara mempunyai sistem operasi ini.

4.WINDOW 7 PROFESIONAL

Window 7 profesional edisi ini sesuai di gunakan oleh pelajar, syarikat dan pengguna. Edisi ini mempunyai semua ciri window 7 premium, Ciri-ciri tambahan temasuk sokongan Random Acess Memory sehingga boleh mencapai 192 GB. Mempunyai versi 32 bit dan 64 bit.

5.WINDOW 7 ENTERPRISE

Window 7 Enterprise di gunakan untuk syarikat yang besar, Ia memudahkan pengguna untuk berniaga.

6.WINDOW 7 ULTIMATE

Window 7 ultimate mempunyai ciri yang paling banyak antara semua jenis window 7. Window 7 ultimate digunakan untuk semua pengguna, tidak spesikasikan pada sesiapa. Vesrsi ini mempunyai 32 bit dan 64 bit.