Tajuk yang lepas menceritakan tentang motherboard.Kali ini, akan menceritakan tentang jenis motherboard pula. Motherboard tidak datang dengan satu bentuk tetapi datang dengan banyak bentuk.Di sini menceritakan sedikit tentang bentuk motherboard.
Motherboard Advanced Technology
Motherboard AT adalah motherboard pertama yang di reka oleh IBM pada tahun 1980.Motherboard jenis ini memiliki bentuk fizikal yang besar tetapi jarak setiap komponen terlalu dekat dan nampak padat.Motherboard jenis ini jarang di gunakan pada masa kini.
Motherboard Advanced Technology Extended.
Intel mengeluarkan satu motherboard jenis Motherboard ATX pada tahun 1990.Bentuk fizikal agak kecil sedikit berbanding AT.Komponen atas motherboard ini jarak yang jauh sedikit berbanding AT.
Motherboard Micro ATX
Jenis motherboard yang serupa dengan ATX walaupun untuk semua ciri-cirinya. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa bentuk fizikal motherboard ini lebih kecil, ia bertujuan untuk mengurangkan bilangan slot I / O yang disokong pada motherboard.
Motherboard Low Profile Extended
Direka untuk mengurangkan ruang yang digunakan.Motherboard jenis ini tidak berapa digunakan.
Motherboard Balanced Technology Extended
Motherboard ini dicipta untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan mengurangkan panas pada motherboard. Motherboard jenis ini mempunyai cita rasa yang tersendiri.Malangnya motherboard jenis ini jarang dijumpai.
Motherboard Mini-Information Technology Extended
Motherboard ini dicipta dengan berukuran 17×17 cm sahaja.Motherboard ini masih digunakan hingga sekarang. Motherboard ini hanya boleh digunakan pada casing komputer yang berukuran kecil sahaja