iPhone tiba-tiba stuck dekat logo? Atau tak boleh nak ke Home Screen? Pergi ja kedai, peniaga cakap motherboard korang rosak. Beratus korang kena spend untuk semua ni. Kalau korang rasa mahal sangat nak repair iPhone tu, cuba korang try step-step yang kami jelaskan ni. Mungkin dapat diperbaiki. Tapi kalau semua step ni korang dah cuba dan iPhone korang masih problem, mungkin ada masalah lain dekat iPhone korang.
Cara-cara yang korang boleh try;
- Sambungkan cable terus daripada laptop ke iPhone. Pastikan iPhone korang off sebelum cucuk USB.
- Tekan power button & home button serentak. Dan tunggu sampai logo Apple keluar. Bila logo dah keluar, hanya home button yang ditekan.
- Dekat laptop korang nanti akan keluar noti tentang problem yang ada dekat iPhone dan diberi pilihan untuk korang pilih.
- Korang click dekat restored. Kalau keluar perkataan error, maknanya ada problem dekat iPhone korang. Tapi kalau tak keluar, iTunes korang berfungsi seperti biasa. Korang tunggu dalam 30 minit. Pastikan semua process dia selesai baru korang on iPhone korang.
Tapi ini semua cara yang dicadangkan sahaja. Kalau korang rasa tak yakin dengan cara yang kami cadangkan, korang boleh rujuk terus ke kedai. Dapatkan nasihat dari pakar.
Kami cadangkan anda ke kedai kami untuk check iPhone korang. Kami juga sediakan perkhidmatan percuma untuk check fon korang secara face2face.
MRFIX BANDAR BARU BANGI
(SMARTPHONE & MACBOOK REPAIR SPECIALIST)
No.50, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Landmark : JPJ Bangi (Blok Tengah)
Beroperasi setiap hari
Waktu operasi : 10.00am – 9.00pm
Atau hubungi kami di;
MRFIX Bangi – Smartphone & Macbook Repair Specialist