Iphone 5 Lemas dek kerana tak reti berenang
(WATER DAMAGE!!!)
Seorang customer datang ke kedai kami untuk memperbaiki iphone 5 miliknya yang terjatuh di dalam lopak air hujan. Nak dijadikan cerita iphone 5 ini masih lagi boleh dihidupkan selepas jatuh air = tetapi terdapat beberapa kerosakan telah berlaku pada phone ini seperti volume – , home button sudah tidak berfungsi, speaker bunyi slow.
Jadi technician kami telah menerangkan yang jika kami membuka iphone 5 ini, mungkin ada minor problem lain yg akan timbul, dan jikalau tidak dicuci phone tersebut boleh rosak dengan lebih teruk. Setelah mendengar pejelasan daripada technician kami, customer itu telah bersetuju untuk memperbaiki telefon miliknya.
Selepas phone dicuci, kami memberi nasihat kepada customer untuk menukar plugin dan on-off volume ribbon disebabkan ianya sudah tidak berfungsi. jika tidak ditukar, phone tersebut tidak boleh dihidupkan seperti biasa. Jadi customer bersetuju untuk menukar ribbon power on volume pada iphone 5 miliknya.
——————–
ATTENTION !!
——————–
“Jika phone anda dimasuki air, Jangan sesekali menghidupkan phone anda dikuatiri akan merosakkan lagi component yang terdapat didalam phone tersebut ”
________________________________________________________________________________________
—————————————————————–
TIPS APABILA PHONE ANDA DIMASUKI AIR!!
—————————————————————–
1. Keluarkan phone anda sepantas yang boleh dan jangan panik.
2. Matikan Phone anda dan jangan sesekali menghidupkannya.
3. Cabutkan Bateri phone anda untuk mengelakkan risiko kerosakkan dalaman pada litar.
4.Keluarkan Sim card anda dan keringkan.
5, Tanggalkan SD card jika anda memasukkan ke dalam phone tersebut.
6.Timbunkan Phone anda didalam beras disebabkan beras boleh menyerap air.
7. Jangan menggunakan Hair Dryer untuk mengerikan phone anda disebabkan kepanasan hair dryer tersebut boleh mencairkan komponen elektronik yang berada didalam phone anda,
8. Check phone anda selepas 10 minit. Jika anda yakin sudah kering, anda boleh hidupkan phone tersebut.
9.charge phone anda jika tidak dapat dihidupkan disebabkan mungkin bateri phone anda telah habis.
10. Selepas cas, cuba hidupkan peranti anda, jika tidak hidup, segera bawa kedai kami untuk memperbaiki phone anda.
______________________________________________
Buka seperti biasa 😉😉..
10.00 AM – 9.00 PM
Isnin hingga Ahad