Pelbagai jenama laptop kini berada di pasaran
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat , komputer riba atau laptop telah menjadi keperluan kepada rakyat Malaysia sekarang , terutamanya yang bergelar pelajar . Tidak kira lah yang belajar di sekolah , kolej atau universiti , penggunaan laptop amatlah diperlukan . Dengan kemudahan penggunaan laptop , kini maklumat yang diperlukan boleh diakses melalui hujung jari . Pelbagai kemudahan boleh dimanfaatkan oleh pelajar , antaranya :
- Memproses dan menyimpan data serta maklumat .
- Mengakses ilmu dan berita semasa .
- Mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran .
- Memudahkan perkomunikasian dan interaksi sesama pelajar dan guru / pensyarah .
- Memudahkan untuk menyebar berita dan maklumat .
Sehingga ke hari ini , terdapat lambakan jenama laptop yang canggih berada di pasaran . Laptop yang semakin canggih menjadikan banyak pilihan untuk pengguna yang bergelar pelajar . Mari kita lihat kriteria yang diperlukan sebelum membeli laptop bagi seorang pelajar :
1 ) Kenalpasti jenis dan model laptop
Pelbagai jenama laptop wujud pada zaman sekarang . Contohnya Acer , Dell , Toshiba , Apple , Sony dan lain lain . Dibawah setiap jenama pula ada pelbagai model yang dikeluarkan .
Jika anda ingin mencari laptop yang boleh memenuhi setiap kriteria yang anda perlukan , anda boleh berkunjung ke kedai komputer yang berhampiran dengan tempat tinggal anda . Selain itu , anda juga boleh survey secara online dengan mengunjungi forum atau blog komputer untuk mendapatkan harga dan review dari pengguna yang lain .
2 ) Semak harga
Pastikan laptop yang anda ingin beli mengikut kemampuan anda dan berbaloi dengan spesifikasi laptop .
3 ) Semak spesifikasi laptop
a ) Processor
Contoh processor yang selalu digunakan oleh kebanyakan laptop adalah jenis INTEL dan AMD . Setiap jenis processor ini juga mempunyai generasi keluaran seperti i3 , i5 , i7 dan banyak lagi , sama seperti AMD .
b ) Hard Disk Drive ( HDD )
HDD adalah tempat simpanan data dan kebiasaannya mempunyai beberapa kapasiti pilihan seperti 320GB / 500GB / 640GB / 1TB / 1.5TB dan 2TB. Standard kelajuan bagi sesebuah HDD laptop selalunya RPM 5400, (RPM ni merujuk kepada Revolution per Minute). Selain itu ada juga HDD yang berkelajuan RPM 7200, RPM 10 000, RPM 15 000. Makin tinggi RPM maka makin laju dan mahal harga HDD tersebut.
c ) Random Access Memory ( RAM )
RAM bermaksud memori capaian rawak . Ianya berfungsi untuk menyediakan ruang untuk membaca dan menulis data yang kemudian akan dicapai oleh CPU anda .
d ) Graphic Card
Jika anda membeli laptop yang mempunyai graphic card yang canggih , pastikan anda membeli pakej waranti tambahan . Ia kerana semakin lama anda menggunakan laptop untuk bermain game , kebarangkalian graphic card untuk rosak juga amat tinggi .
e ) Lain komponen seperti speaker , webcam dll
Skrin, Speaker, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak mempengaruhi performance sesebuah laptop. Seperti contoh bateri laptop mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell. Skrin pula mempunyai banyak pilhan saiz dan yang paling popular adalah skrin saiz 14.0″. Saiz yang besar memudahkan anda untuk membuat kerja editing dan sebaliknya juga untuk skrin bersaiz kecil sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang mudah seperti surfing dan lain-lain.
Ada sebarang pertanyaan mengenai laptop anda ? Boleh hubungi kami di :
- +6018-9886531
Atau boleh datang ke kedai kami di :
- No 50 , Jalan 7/7A , 43650 , Bandar Baru Bangi , Selangor .