Harddisk adalah komponen penting di dalam laptop dan komputer. Ketiadaan hard disk boleh menyebabkan komputer atau laptop anda tidak dapat masuk ke window. Data window di tempatkan di dalam harddisk. Data yang di simpan di dalam harddisk akan kekal sekiranya tidak di buang atau rosak. Di sini ingin memberitahu cara-cara penjagaan harddisk.
Antivirus
Apabila anda memuat turun program atau aplikasi di komputer anda, berhati-hati apabila memasang perisian dan pastikan ia dari sumber yang dipercayai. Berhati-hati untuk tidak memuat turun aplikasi yang besar secara berterusan memandangkan mereka memperlahankan pemacu keras. Berhati-hati tentang kemungkinan menjangkiti komputer anda dengan virus dan merosakkan keseluruhan sistem. Anda perlu melakukan install antivirus tidak kisah berbayar atau tidak. Seelok-eloknya berbayar. Sebab berbayar mempunyai ciri-ciri yang lebih bagus.
Buang program yang tidak digunakan.
Jadikan ia tabiat untuk memeriksa program yang dipasang pada cakera keras komputer anda. Adakah terdapat sebarang program yang tidak digunakan? Ia boleh menjadi perkara biasa untuk mempunyai program yang tidak digunakan untuk beberapa waktu. Lakukan pemeriksaan biasa untuk mana-mana program ini. Sebaik sahaja anda mengenal pasti aplikasi yang anda tidak mahu gunakan, hapuskannya untuk membebaskan ruang pada cakera keras anda dan menjadikannya lebih mudah untuk menavigasi komputer anda. Untuk mengalih keluar program, pergi ke “Control Panel.” Pilih dari senarai program dan klik kanan untuk memilih “Uninstall dan change program.”
Lakukan defragment disk
Defragment disk berfungsi sebagai penyusunan data. Ia akan menyusun data-data yang bercelaru dan menjadikan harddisk anda menjalankan kerja dengan penuh lancar. Lakukan defragment disk sebulan sekali atau lebih kerap lebih baik.
Disk cleanup
Disk cleanup ia akan membuang segala fail-fail yang tidak digunakan. Disk cleanup perlu di lakukan dalam seminggu sekali. Sekiranya anda selalu mengakses ke sambungan internet ia akan membuatkan laptop atau komputer anda mempunyai fail yang tidak sepatutnya. Fail-fail ini mempunyai kegunaan data yang sedikit tetapi ia akan terkumpul banyak dan menggunakan banyak ruang pada harddisk anda.