Apakah CMOS ?
CMOS atau nama penuhnya Complementary Metal Oxide Semiconductor adalah jenis teknologi litar bersepadu . Istilah ini sering digunakan untuk kepada sesebuah cip bertenaga bateri yang ditemui di banyak komputer peribadi yang menyimpan beberapa maklumat asas termasuk tarikh,masa dan tetapan sistem konfigurasi yang diperlukan oleh sistem input/output (BIOS) untuk mengawal komputer. CMOS juga berfungsi sebagai RAM (Random Access Memory) yang berukuran kecil 64 byte digunakan untuk menyimpan tetapan BIOS sewaktu komputer dimatikan.
Apakah fungsi CMOS ?
- berfungsi sebagai tenaga sementara
- berperanan sebagai power kepada BIOS laptop
- mengawal tarikh , masa dan tetapan sistem konfigurasi
Jika CMOS anda bermasalah ?
Ketika anda menekan button ON pada laptop anda , anda perlu menekan butang F12 pada keyboard anda dan anda akan dibawa ke paparan BIOS .
Cara mengesan kerosakan CMOS lebih awal
- Jam atau tarikh pada laptop anda lambat / tidak normal
- Menguji dengan alat khas seperti pemeriksa bateri
Diharap info kali ini dapat membantu .