Apa itu Ransomware dan Cara Mengatasi Ransomware

Bacaan < 1 minit

 

Apa itu virus Ramsomware ? Virus Ramsomware adalah satu virus / malware yang penyebarnya dapat mengakses segala data didalam laptop mangsa manakala mangsa tidak akan dapat mengakses data didalam laptopnya sehingga wang yang diminta penyebar dibayar . Mudah kata , ia akan menyekat pengguna daripada mengakses datanya sendiri sehinggalah bayaran dibuat .

 

Mengapa kita perlu ambil tahu apa itu virus RANSOMWARE ?

Ransomware ini bukan sahaja mengunci file anda, malah ianya turut meminta wang tebusan daripada anda dengan memaparkan nota tebusan sama ada dalam bentuk Wallpaper komputer ataupun nota dikomputer anda jika anda mahukan semula file anda yang telah di kunci tadi.

Terdapat pelbagai jenis virus ransomware . Antaranya :

  • Zepto
  • Popcorn
  • Marlboro
  • Wildfire
  • Chimera dan lain lain

Jika pembayaran dibuat , adakah fail yang dikunci dapat diakses semula ?

Kebanyakkan mangsa tidak mendapat semula fail mereka . Mereka dikatakan ditipu hidup hidup sesudah memberi wang yang diminta oleh penyebar virus ini .

Ada juga mangsa yang sesudah melakukan pembayaran mendapat semula fail mereka . Malangnya fail yang mereka dapat semula tidak seperti asal .

 

Jadi , bagaimana untuk mencegah virus RANSOMWARE ini ?

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah virus ini . Antaranya :

  1. Disarankan untuk download dan install perisian RansomFree oleh Cybereason .
  2. Memastikan komputer / laptop mempunyai perisian antivirus atau berbayar yang terkini dan databasenya sudah dikemaskini .
  3. Amalkan asas perlayaran internet yang selamat .