Terus ke kandungan

Punca IPhone Sering Terpadam

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini, termasuk aplikasi yang bermasalah tetapi, dalam kebanyakan kes, masalahnya adalah bateri. Sebelum anda menggantikan bateri baru, terdapat beberapa langkah yang mudah untuk anda cuba membaiki iPhone yang sering padam.

 

Hard Reset iPhone Anda

Sumber: Google Image

Jika anda mempunyai masalah seperti iPhone anda sering terpadam, langkah pertama dan paling mudah untuk menyelesaikannya ialah memulakan semula telefon (restart phone). Walau bagaimanapun, dalam kes ini, anda perlu restart khas, dipanggil hard reset. Hard reset berbeza dengan restart biasa kerana ia akan menetapkan semula sistem operasi dan memori di telefon anda tanpa kehilangan sebarang data.

Langkah perlu anda lakukan:

  1. Langkah berbeza mengikut model iPhone:
Sumber: Google Image
  1. Tekan butang tersebut sehingga skrin telefon anda gelap dan logo Apple muncul.
  2. Lepaskan butang tersebut dan biarkan iPhone mula seperti biasa.

Kemaskini Sistem Operasi iPhone

Sumber: Google Image

Dalam beberapa kes iPhone secara rawak terpadam, masalahnya adalah pada sistem operasi. Jika hard reset tidak memberi kesan positif dan anda menggunakan versi iOS lebih awal daripada 11.2, anda perlu mengemas kini kepada versi terkini sistem operasi.

Jika iPhone anda tidak boleh mengemas kini OS, ikuti langkah berikut:

  1. Buka Settings
  2. Pilih Notifications
  3. Pilih setiap aplikasi yang disenaraikan dalam bahagian ini dan pastikan Allow Notifications dimatikan
  4. Kemas kini sistem operasi
  5. Apabila kemas kini selesai dan telefon telah dimulakan semula, ulang langkah 1 dan 2, dan kemudian hidupkan semula notifikasi.

Semak Battery Health (iOS 11.3 dan ke atas)

Sumber: Google Image

Jika anda menggunakan iOS 11.3 ke atas, terdapat ciri yang direka khas yang dapat membantu anda mengetahui masalah dengan bateri anda. Battery Heath memberikan dua maklumat utama iaitu kapasiti pengisian maksimum bateri dan bagaimana kekuatan bateri anda mempengaruhi prestasi telefon anda.

Untuk melihat Battery Health, ikuti langkah berikut:

Pulihkan Kembali iPhone daripada Backup dengan DFU

Sumber: Google Image

Sekiranya iPhone anda masih terpadam, anda perlu cuba langkah yang lebih besar iaitu pemulihan DFU iPhone anda. DFU bermaksud Update Firmware Disk iaitu mewujudkan pemasangan baru untuk semua perisian pada iPhone termasuk sistem operasi. Untuk melakukan ini, anda memerlukan komputer dengan iTunes yang dipasang didalamnya.

Seterusnya, ikuti langkah berikut:

  1. Sambungkan iPhone anda ke komputer melalui USB.
  2. Di iTunes, buat backup iPhone anda dengan menekan Back Up Now.
  3. Anda perlu meletakkan iPhone anda ke Mod DFU. Langkah melakukannya mengikut model:
  1. Pulihkan iPhone anda dari backup yang anda buat dalam langkah 2.

Hubungi Apple untuk Menggantikan Bateri

Sumber: Google Image

Jika kesemua penyelesaian di atas telah anda cuba tetapi tiada kesan positif, itu berkemungkinan masalah pada perkakasan iPhone anda, bukan perisian. Mungkin bateri iPhone anda rosak.

Syarikat Apple telah mencipta tool yang membolehkan anda menyemak nombor siri iPhone anda untuk menentukan masalah tersebut. Jika laman tersebut mengesahkan bahawa bateri iPhone anda mempunyai masalah itu, ikut langkah yang disenaraikan di halaman itu untuk pembaikan.

Sumber: LifeWire