Penggunaan telefon sudah menjadi keperluan asas kepada setiap individu. Ketiadaan telefon boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaan seharian mereka. Telefon pintar banyak digunakan untuk menjadi media penghantaran, menghubungi pengguna telefon pintar yang lain pada jarak yang jauh, boleh melihat laluan ke tempat mana yang anda ingin pergi dan mempunyai banyak ciri yang lain. Pada kali ini, MRFIX ingin menceritakan antara punca-punca telefon pintar tidak boleh hidup
Port charging
Port charging adalah alat yang di gunakan untuk mengalirkan arus elektrik dari kabel cas ke telefon. Sekiranya berlaku kerosakan kepada port charging bateri anda tidak dapat di cas. Hal ini boleh menyebabkan, telefon pintar tidak mendapat arus elektrik.
Bateri
Seperti anda sedia maklum, bateri adalah sebuah penyimpan tenaga elektrik. Ia akan menyimpan tenaga arus elektrik dan memberikan tenaga elektrik kepada papan induk. Sekiranya, bateri anda mempunyai masalah ia akan mengganggu kemasukan arus elektrik ke papan induk anda.
LCD
LCD berfungsi sebagai pameran paparan yang mempunyai warna, bentuk dan lain-lain. Sekiranya, LCD anda menghadapi masalah ia akan membuatkan telefon anda tidak boleh hidup. Disini bermaksud apabila anda cuba menghidupkan telefon anda ia tidak akan mengeluarkan apa apa gambar pada LCD anda. Apabila berlaku masalah ini anda perlu menukar skrin LCD anda.
Papan Induk (Motherboard)
Ini adalah satu komponen paling penting dalam semua peranti elektronik. Ia akan mengarahkan semua komponen untuk melakukan semua kerja yang ada. Diatas papan induk mempunyai banyak komponen-komponen yang penting. Sekiranya papan induk berlaku litar pintas ia akan mengganggu kerja yang di lakukan oleh papan induk tersebut. Punca terjadi masalah ini akibat cas yang melebihi arus yang di minta. Jika telefon anda hanya mengguna 1 Ampere janganlah anda masuk arus elektrik yang lebih ia akan merosakkan motherboard anda.
Sekiranya anda mempunyai masalah dengan mana-mana komponen pada fon pintar anda, anda boleh datang ke MRFIX. Pemeriksaan adalah percuma.
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No 50, Jalan 7/7A,
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Mercu Tanda – JPJ Bangi (Blog Tengah)
Waktu Operasi – 10 pagi hingga 9 malam
WhatsApp – 018-988 6531
Direktori MRFIX – Tekan di sini