Artikel kali ini akan menerangkan cara dan tips untuk penjagaan skrin laptop dan monitor . Teruskan membaca .
Penjagaan skrin laptop
- Lindungi skrin dari benda yang tajam , seperti menunjuknya dengan pen atau pensil . Jika perlu , tunjukkan skrin dengan menggunakan pointer mouse untuk dijadikan sebagai penunjuk . Berbeza dengan skrin monitor yang diperbuat daripada kaca , skrin laptop diperbuat daripada gel yang sensitif .
- Gunakan fungsi screensaver dan power management supaya skrin anda boleh berehat ketika laptop anda tidak digunakan . Fungsi ini akan berfungsi jika anda menggunakan screensaver yang mengelapkan skrin anda .
- Pen , pensil dan jari dapat meninggalkan kesan comot pada laptop anda . Bagi menggelakkan skrin laptop anda comot , gunakan pointer mouse sebagai penunjuk .
- Gunakan cecair dan kain pembersih yang tidak merosakkan skrin laptop . Cecair dan kain yang tidak sesuai akan membawa mudarat kepada laptop anda .
Penjagaan skrin monitor
- Gunakan tisu atau kain lembap , lap debu dan kesan habuk pada permukaan skrin dan badan monitor .
- Kesan degil boleh dibuang dengan cecair pecuci CD .
- Vakum lubang udara dengan berus kecil .
- Ubahsuai tahap brightness dan contrass pada tahap yang sederhana .
- Jangan menutup lubang udara dengan kain perhiasan atau kain tebal .
- Jarakkan monitor dan dinding sepanjang 20cm untuk laluan udara .
Jaga skrin laptop dan monitor anda sebaiknya .