Setiap kali telefon baru dikeluarkan , akan ada sahaja gimik yang dilakukan oleh pengeluar tersebut . Antaranya adalah pengimbas jari, pengimbas mata , pengecas tanpa wayar dan pelbagai lagi . Sejujurnya , ada ciri ciri yang lebih penting . Dibawah adalah 8 ciri berguna yang diperlukan oleh anda .
1 ) Earphone port
Disebabkan peranti keluaran Apple tidak lagi menggunakan bicu audio, ada pengeluar peranti Android turut serta tidak meletakkan bicu ini. Pengeluar beranggapan bicu audio menyebabkan peranti mereka tidak boleh dinipiskan, malahan perkakasan ini juga memakan ruang dalaman peranti. Namun, masih ada pengeluar yang mengekalkan bicu audio ini pada peranti keluaran mereka. Samsung antaranya yang tidak menghilangkan ciri ini maka tidak hairanlah mereka kekal menduduki tangga teratas pengeluar telefon pintar.
2 ) USB type-C
Sambungan USB C merupakan satu alternatif yang sangat baik menggantikan USB biasa. Ini kerana ia sangat berguna ketika pengguna ingin mengecas peranti dalam keadaan gelap. Jika sebelum ini, USB biasa perlu dimasukkan ke dalam bicu dengan berhati-hati untuk mengelakkan ia tersekat tetapi dengan USB C ia lebih mudah untuk digunakan. Di samping kabel ini turut menyokong pengecasan dan pemindahan fail yang lebih pantas.
3 ) Bateri yang selamat dan diiktiraf
Peranti yang canggih dan berkuasa memerlukan jumlah kuasa yang banyak. Jika bateri tidak mampu bertahan, ia mampu membahayakan si pemakainya. Selain dari membahayakan nyawa, kebelakangan ini berberapa peranti berjenama popular dilihat menghadapi isu telefon tidak dapat dihidupkan disebabkan oleh bateri. Dan ada juga sesetengah telefon yang meletup disebabkan bateri .
4 ) Kalis air
Setakat ini kebanyakan telefon pintar dengan sokongan kalis air hanya terdapat pada peranti premium. Namun untuk peranti yang premium anda perlukan wang yang banyak untuk dibelanjakan. Teknologi yang digunakan secara berleluasa ini, sudah pasti tidak lagi menelan kos yang tinggi seperti dahulu. Oleh itu, untuk tahun ini para pengeluar perlu meletakkan ciri ini untuk semua peranti kelas pertengahan dan lebih baik lagi pada peranti kelas permulaan.
5 ) Sistem android yang terbaru
Antara tarikan yang disajikan oleh pengeluar ialah sistem operasi terbaru. Seperti contoh, HMD Global selaku pembawa jenama Nokia kini menawarkan telefon keluaran mereka dengan sistem Android terbaru, sama ada terus dari kotak atau secara kemas kini. Pengguna kini lebih bijak memilih telefon pintar, jika ia sebuah telefon dengan sistem Android lama, pengguna akan cuba elakkan.
6 ) Paparan skrin
Pengubahsuaian dari segi rupa luaran amat penting untuk menarik si pembeli. Jadi, jika sesuatu model itu masih lagi mengekalkan rupa yang tradisional pengguna tidak lagi menaruh minat apatah lagi untuk membelinya. Inovasi paparan skrin hampir penuh kini dilihat menjadi fenomena. Tidak kira ia sebuah peranti bajet atau premium, anda kini boleh mendapatkannya pada harga yang berpatutan.
7 ) Kamera yang berkualiti
Dwi kamera tidak bermaksud ia menjanjikan kualiti penggambaran yang baik. Hanya segelintir model sahaja yang memberikan kualiti gambar setara kamera profesional. Dengaan cip yang semakin canggih dan moden, kini hanya perisian sahaja yang perlu dipertingkatkan. Tidak dinafikan peranti menggunakan Android menghadapi sedikit masalah mengenai pemprosesan gambar termasuklah peranti kelas atasan. Jika sensor yang digunakan berjenama terkemuka sekalipun, tidak semestinya gambar yang dihasilkan dapat memuaskan hati anda.
8 ) Sistem pengimbas jari
Jika tahun lalu perancangan Apple untuk memperkenalkan pengimbas cap jari pada skrin iPhone telah gagal. Pada tahun ini, Apple telah dimalukan oleh satu syarikat dari China iaitu vivo kerana mereka bakal menjadi yang pertama menghasilkan pengimbas cap ultrasonik pada telefon pintar. Teknologi yang sangat kompleks ini berjaya dihasilkan oleh kerjasama Synaptics bahkan telefon pintar flagship terbaru vivo ini bakal hadir dengan paparan sepenuhnya yang pertama di dunia.
Untuk pertanyaan mengenai laptop dan smartphone , anda boleh hubungi kami di :
SMS / Whatsapp / Call
+6018-9886531
Atau boleh datang kepada kami di
No 50 , Jalan 7/7A , 43650 , Bandar Baru Bangi , Selangor