Pengurusan e-sisa di Malaysia
Negara dengan E-sisa Yang Paling Banyak (Sumber Gambar: Majalah Sains) Sejak tahun 1940-an Malaysia mula mempunyai e-sisa. Mengikut sebuah kajian oleh jurnal Geografi, masyarakat cenderung melupuskan e-sisa bersama-sama dengan sisa pepejal lain. Daripada julah e-sisa tersebut, 28% televisyen, 13% komputer, 15% komputer riba, 27% telefon bimbit, 25% mesin basuh dan 15% lagi ialah penyaman udara. […]
Pelajari Pengaturcaraan Dan Bahasa Komputer
Pengaturcaraan dan bahasa komputer merupakan antara yang terpenting yang perlu kita pelajari pada tahun 2020 ini. Pada tahun 2020 ini, masa yang terluang haruslah dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah. Oleh hal yang demikian, kami akan kongsikan tips berkenaan perkhidmatan web dan aplikasi yang boleh anda gunakan sebagai platform untuk anda pelajari bahasa pengaturcaraan dan bahasa […]
PENUKARAN LCD VIVO Y15
Ada customer datang ke kedai kami bertanyakan tentang LCD smartphone beliau iaitu vivo y15. Beliau menanyakan kepada pakar technician kami boleh baiki ke kalau skrin sudah retak seribu macamni.Tidak sampai dalam 30 minit technician kami berjaya atasi masalah tersebut dengan menukarkan lcd yang baru ready stok dan dengan harga yang berpatutan dan servis yang tiptop. […]
Masalah bateri kembung?
Masalah bateri kembung sering terjadi kepada semua jenis pengguna smartphone. Bateri kembung menandakan amaran bahawa bateri anda sudah rosak dan perlu diganti dengan bateri yang baru. Anda seharusnya segera menggantikan kepada bateri yang baru agar tidak mengundang perkara yang tidak diingini seperti boleh mengundang keletupan. Sangat merbahaya ! Oleh itu anda disarankan agar segera menukar […]
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Mobile Friendly Website?
Laman sesawang mesra peranti mudah alih atau mobile friendly website kini menjadi sebuah keperluan laman-laman web pada hari ini. Berbanding laman web konvensional yang direka bentuk sesuai untuk pengguna peranti seperti komputer dan komputer riba, mobile friendly website mengoptimumkan reka bentuknya sesuai dengan ciri-ciri khas manusia seperti saiz jari yang besar dan skrin yang kecil […]
Merungkai Persoalan Mengenai GPS
Bagaimanakah GPS berfungsi? GPS atau Global Positioning System merupakan salah satu teknologi yang paling banyak digunakan pada hari ini. GPS merupakan sebuah sistem yang secara umumnya terdiri daripada tiga komponen iaitu stesen bumi, satelit dan pengesan isyarat (receiver). Stesen bumi berfungsi untuk mengesan dan memberi maklumat tentang kedudukan satelit dengan tepat menggunakan radar. GPS […]
Kenapa USB Jenis C Lebih Baik Berbanding USB Jenis Mikro
USB-C atau USB jenis C mula diperkenalkan secara rasmi pada Ogos 2014 dan merupakan penyambung yang kian meningkat penggunaanya apabila kebanyakan peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba keluaran terkini didatangkan sekali dengan pengecas yang menggunakan USB-C ini. USB-C berkelebaran 8.4mm berbanding 2.6mm pada USB Mikro. USB-C berfungsi untuk pengecasan, pemindahan data dan […]
Memahami Penyambung yang Paling Popular, Penyambung USB Jenis A
USB atau nama penuhnya Universal Serial Bus merupakan sejenis penyambung yang digunakan dengan secara meluas pada hari ini untuk pelbagai fungsi seperti pengecasan dan penyegerakan (synchronization). Penyambung USB jenis A pula merupakan jenis penyambung yang digunakan dengan sangat meluas. Selain fungsi pengecasan yang digunakan dalam pelbagai peranti seperti telefon pintar dan tablet, penyambung jenis […]
Cara membezakan JPG vs PNG vs HEIC
Kemunculan format gambar jenis HEIC membuka mata ramai pengguna telefon pintar apabila pengguna dua platform telefon pintar gergasi dunia iaitu Android dan Apple menggunakan format imej yang berbeza. Dalam kita mengadaptasi perubahan ini, marilah kita telusuri perbezaan tiga format gambar yang sering digunakan dalam kalangan pengguna telefon pintar iaitu JPG (Joint Photographic Experts […]
Tips Pilih Power Bank
Telefon pintar dan peranti lain seperti jam tangan pintar (smartwatch) dan tablet hanya akan berfungsi apabila mempunyai kuasa. Selain mengecas menggunakan soket, pengguna juga boleh mengecas peranti menggunakan power bank, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Power bank bertindak menyimpan tenaga elektrik setelah dicas dan boleh digunakan untuk mengecas peranti lain. Namun adalah penting […]